Wednesday, 26 December 2012
Gambar ini diambil oleh jurugambar pusat angkasa NASA mendapati sebuah planet berbentuk MATA yang terapung-apung di angkasa.menurut NASA planet yang tidak diketahui namanya itu muncul sekali dalam tempoh 3,000 tahun.
Jurugambar NASA itu mensifatkan penemuan yang aneh itu belum pernah dialami dalam hidupnya sejak menjadi jurugambar.ia mensifatkan ia bukan planet,tetapi sebagai simbolik "MATA TUHAN" yang sedang mengawasi gelagat manusia di atas muka bumi ini.
Katanya,saya yakin jika kita berperasaan demikian,kemungkinan kita akan dapat mengubah kehidupan harian kita kepada tabiat baik.
Namun bagi kita umat islam,tidak sepatutnya berkeyakinan sedemikian,kerana mengikut pengajaran ilmu tauhid bahawa Tuhan tidak menyerupai dengan apa juga jenis makhluk.bagi kita mata satu sebagai isyarat dan simbolik kepada "MATA DAJJAL".memang dajjal wujud dan bakal muncul di akhir zaman menjelang kiamat.Dajjal akan muncul selepas Nabi Isa s.a.w turun semula ke bumi.
Dajjal adalah makhluk dan musuh Allah yang membawa fitnah dan merosakkan moral manusia dengan pelbagai ragam kehidupan yang bertentangan dengan ajaran islam.kemunculan mata dajjal itu adalah suatu peringatan kepada umat islam bahawa "BUDAYA DAJJAL" sekarang ini telah pun muncul.umat islam hendaklah berhati-hati dan Nabi Isa s.a.w menganjurkan agar menjauhi fitnah dajjal dengan membaca doa pada setiap selepas tahiyyat akhir dalam setiap solat
Monday, 24 December 2012
TAUBAT
Kedudukan manusia berbeza dengan malaikat yang penuh dengan kesucian dan kemuliaan dengan tabiatnya yang selalu petuh dan taat kepada tuhan.tetapi hakikat manusia juga berlainan dengan iblis yang statusnya derhaka selama-lamanya.manusia berada di antara kedua-duanya yang kadangkala dapat mencapai kemuliaan dan kesucian dan kadangkala pula terjerumus ke dalam lembah kehinaan dengan iblis..
Manusia dianugerah keistimewaan dan kelemahan tertentu berbanding dengan makhluk-makhluk yng lain.salah satu daripada kelemahannya ialah apabila dirayu oleh iblis dengan pujukan yang manis kadang-kadang dapat tergoda.sebagai manusia pertama yang digoda oleh syaitan ialah Nabi Adam a.s berserta isterinya dengan memakan buah yang dilarang oleh Allah.
TINGKATAN TAUBAT
(IMAM GHAZALI MEMBAHAGI TINGKATAN TAUBAT KEPADA TIGA IAITU:
1-Taubatnya orang awam,iaitu taubat yang dilakukan terhadap dosa-dosa yang lahir dan nyata,misalnya (berzina,mencuri,menmbunuh dan lain-lain)
2-Taubat yang khusus yakni taubat yang dilakukan kerana dosa-dosa batin,misalnya (dengki,takbur"bangga diri",tujub dan lain-lain)
3-Taubat yang lebih khusus iaitu taubat daripada kealpaan dan kelalaian mengingati Allah.taubat yang demikian itulah yang dimaksudkan oleh Rasullullah s.a.w dalam hadis bahawa baginda sendiri bertaubat kepada Allah seratus(100) kali sehari.
CARA-CARA MENGHAPUSKAN DOSA
1.Taubat dengan ikhlas(taubat nasuha).taubat ini boleh menghapuskan dosa bagaika air jernih yang dapat menghilangkan kotoran.
2.Dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik,dengan mengerjakan amalan dan pekerjaan yang baik itu akan manghapuskan kejahatan
3.Dengan memperbanyakkan sedekah.dengan bersedekah itu dapat menghapuskan dosa,bagaikan air yang dapat memadamkan api
4.Dengan ditimpa dengan beberapa musibah(bencana dan percubaan).bala bencana(musibah) dan percubaan ini dapat menghapuskan kesalahan,bagaikan daun kering yang akan reput dan hancur.
(BACA !!! KALAU ADA APA-APA NAK TANYA,SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA)
Sunday, 23 December 2012
Wanita perhiasan
1. Wanita yang menjadikan Al-Quran dan Al Hadist sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya
2. Wanita yang Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak hobi berdusta, bergunjing dan ria
3. Wanita yang Berbuat baik dan berbakti kepada orangtuanya. Ia senantiasa mendoakan orangtuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya
4. Ia taat kepada suaminya.Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang Islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan gairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah
5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya nanti
6. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya epada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menghadap kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya
7 Ia Berusaha menjadikan potensi yang ada pada dirinya sebagai sumber penghasilan yang dapat membantu perekonomian keluarga minimal untuk berinfaq,bersadaqah dan berzakat
8. Ia Senantiasa mengingatkan suaminya agar mencari nafkah dengan cara yang halal,tidak menipu dan korupsi
9. Ia menjadi orang yang bermanfaat disekelilingnya. Menjadi contoh dan tauladan bagi orang-orang yang mengenalnya
10. Ia pandai mengelola keuangan keluarga dengan berinvestasi yang aman menguntungkan
This entry was posted in Akhlak & Adab and tagged wanita beriman, Wanita perhiasan dunia, wanita solehah by Gadis Misteri. Bookmark the permalink.rhiasan dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)

_001.jpg)



