Sunday 30 December 2012

Hello-hello...assalamualaikum,hari ini fiqah happy sangat dan tak tahu kenapa fiqah happy..bhahhahah :) hari yang cerah yang diterangi matahari dilangit,fiqah rasa masalah tahun 2012 fiqah yang selama ini fiqah tempuhi akan berakhir tidak lama lagi dan fiqah hanya ada 12 jam lagi untuk bersedia menghadapi hari yang bakal datang dan bersedia untuk kesekolah yang mana fiqah sudah pun pergi ke tingkatan 3..yeah3,fiqah tak nak mengingati kenangan yang pahit selama fiqah meneruskan kehidupan di tahun 2012 dan melupakan apa yang pernahh terjadi di tahun 2012,hanya kenangan yang terindah akan sentiasa memenuhi ruang ingatan fiqah..
 
                                                                                        fiqah ---> publish

Friday 28 December 2012


                                                        AZAM FIQAH (2013)

                                       -memandangkan next year PMR,haruslah azam fiqah untuk mendapat 8 A

                                       -mahu melupakan segala cerita yang sedih-sedih(faham2 aja lah)

                                       -ubah diri kepada yang lebih baik

                                       -nak funny-funny

                                       -mahu mengembirakan orang sekeliling fiqah(harap mampu)

                   *dah-dah..azam fiqah yang lain biar fiqah seorang aja yang tahu..hehehe korang mana boleh
                      tahu.. :)

                           
                                JANGAN BERSEDIH,WALAUPUN HATI ANDA MERINTIH

     Bersedih?siapa yang tidak pernah bersedih,semua orang pernah bersedih terutamanya masalah percintaan betul?itu hanya pendapat fiqah,pendapat korang semua fiqah tak tahulah.hehehe..Bytheway fiqah sedih sesangat sebab kehilangan orang fiqah sendiri pun tak tahu sama ada fiqah cintakan dia ataupun tidak.dulu dia tunggu fiqah selama 2 tahun tapi sekarang dia dah tak sanggup nak tunggu fiqah lagi,salah fiqah juga sebab fiqah sendiri yang suruh dia cari orang lain yang lebih fiqah daripada fiqah,fiqah tak pasti sama ada fiqah cintakan dia ataupun tidak macam mana fiqah nak terima diakan?betul tak apa yang fiqah cakap?takkan korang nak terima someone tu dalam hidup korang,walaupun korang tak pasti sama ada korang boleh bersama dengan dia ke tidak betul bukan?tapi apa pun fiqah tak kisahlah dia nak couple dengan siapa pun asalkan dia tak ganggu hidup fiqah.fiqah yakin allah pasti mengirimkan seorang Adam yang terbaik untuk fiqah..Insyaallah harap macam itu lah..fiqah tak nak serlahkan kesedihan dimuka fiqah,walau sedih macam mana pun.biarlah hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati fiqah.

                                                                                       coretan -Nurul Shafiqah bt Ramli

okay lah huh,penat fiqah dok edit2 niey,anty nk change blog yang lagi 1 tuh...fiqah dah nak tidur,ehehhehe sebelum tidur nak solat subuh jap...azan pun dah berkumandang dekat surau..okay bye,tata.dada...have a nice day forever :) assalamualaikum
okay lar semua,mata fiqah dah pun rasa nak terlelap.kalau ada cerita-cerita yang menarik pasti akan fiqah paparkan dilaman blog ini.Insyaallah :) bersyukur lah dengan segala kenikmatan yang anda rasai sekarang,kerana mungkin esok atau lusa anda tidak berpeluang untuk mensyukurinya..assalamualaikum,take care bye2..
                     
                             REDHA ATAS SEGALA TAKDIR YANG ALLAH TETAPKAN



  Hidup adalah suatu perjuangan yang harus ditempuhi walaupun sukar untuk seseorang itu meneruskannya. betulkan apa yang fiqah cakap?semua manusia diuji dengan pelbagai bentuk bukan?tujuan allah mengirimkan   ujian itu adalah untuk mendidikan kesabaran,kekuatan dan ketabahan diri seseorang itu,maka seseorang itu harus bermuhasabah diri,berzikir dan memperbanyakkan berdoa ketika dilanda musibah,bukan ketika susah sahaja kita harus mengingatiNya malah ketika senang pun kita harus MengingatiNya tidak kiralah apa pun yang bakal terjadi.semua manusia tidak lari daripada membuat kesilapan,sehebat mana pun manusia itu setinggi mana pun dia berada,dia mesti ada melakukan sedikit kesilapan dalam hidupnya.(manusia yang banyak diuji oleh Allah,dia adalah diantara orang yang dikasihi oleh Allah s.w.t).ada segelintirnya menyalahkan takdir hidupnya dengan "berkata kenapa semua ini harus terjadi pada diriku?aku benci dengan hidup aku"sebaik-baiknya usah menyalahkan takdir kerana apa yang telah berlaku ada hikmah disebalik perkara yang telah terjadi,allah itu maha adil dan Dia tidak akan membiarkan hamba-hambanya berada dalam kesusahan.orang yang kuat,sabar,tabah dalam menghadapi segala pahit dan dukanya,pasti akan diberi ganjaran yang besar oleh allah s.w.t..Insyaallah Amin Ya Rabbal Allamin.sekiranya anda jatuh dan tidak mampu untuk berdiri,cubalah untuk bangkitkan diri anda,dan fikir masa hadapan anda,takkan anda mahu mempersia-siakan kehidupan anda sendiri.betul?.saya sendiri pun ada melakukan dosa,dan saya ingin segera bersujud padaNya sebelum nafas saya sudah berada dikerongkong.saya ingin menghembuskan nafas terakhir saya bukan islam hanya pada nama sahaja tetapi saya ingin menjadi orang islam yang sebenar-benarnya.semoga amal ibadat yang saya dan anda semua lakukan selama ini diterima oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.coretan yang saya paparkan dilaman blog ini adalah atas dasar pengalaman saya sendiri,saya hanya ingin berkongsi sedikit kepada anda semua,semoga segala penerangan diatas ini akan memberi pengajaran.

                                                                 coretan-Nurul Shafiqah bt Ramli

Wednesday 26 December 2012

 

SYAITAN SUKA MUZIK

Terdapat hadis yang menjelaskan bahawa syaitan suka kepada alat-alat musik bertali,bergesek,berpetik dan alat-alat muzik tersebut adalah haram.Gambar ini dirakam oleh seorang yang mndengar suara muzik tetapi tidak kelihatan pemainnya.Bila gambar itu diproses terdapat bayangan misteri sedang bermain gitar.