Monday 24 December 2012



TAUBAT

     Kedudukan manusia berbeza dengan malaikat yang penuh dengan kesucian dan kemuliaan dengan tabiatnya yang selalu petuh dan taat kepada tuhan.tetapi hakikat manusia juga berlainan dengan iblis yang statusnya derhaka selama-lamanya.manusia berada di antara kedua-duanya yang kadangkala dapat mencapai kemuliaan dan kesucian dan kadangkala pula terjerumus ke dalam lembah kehinaan dengan iblis..

     Manusia dianugerah keistimewaan dan kelemahan tertentu berbanding dengan makhluk-makhluk yng lain.salah satu daripada kelemahannya ialah apabila dirayu oleh iblis dengan pujukan yang manis kadang-kadang dapat tergoda.sebagai manusia pertama yang digoda oleh syaitan ialah Nabi Adam a.s berserta isterinya dengan memakan buah yang dilarang oleh Allah.

                                                      TINGKATAN TAUBAT
(IMAM GHAZALI MEMBAHAGI TINGKATAN TAUBAT KEPADA TIGA IAITU:

1-Taubatnya orang awam,iaitu taubat yang dilakukan terhadap dosa-dosa yang lahir dan nyata,misalnya (berzina,mencuri,menmbunuh dan lain-lain)

2-Taubat yang khusus yakni taubat yang dilakukan kerana dosa-dosa batin,misalnya (dengki,takbur"bangga diri",tujub dan lain-lain)

3-Taubat yang lebih khusus iaitu taubat daripada kealpaan dan kelalaian mengingati Allah.taubat yang demikian itulah yang dimaksudkan oleh Rasullullah s.a.w dalam hadis bahawa baginda sendiri bertaubat kepada Allah seratus(100) kali sehari.

                                          CARA-CARA MENGHAPUSKAN DOSA
1.Taubat dengan ikhlas(taubat nasuha).taubat ini boleh menghapuskan dosa bagaika air jernih yang dapat menghilangkan kotoran.

2.Dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik,dengan mengerjakan amalan dan pekerjaan yang baik itu akan manghapuskan kejahatan

3.Dengan memperbanyakkan sedekah.dengan bersedekah itu dapat menghapuskan dosa,bagaikan air yang dapat memadamkan api

4.Dengan ditimpa dengan beberapa musibah(bencana dan percubaan).bala bencana(musibah) dan percubaan ini dapat menghapuskan kesalahan,bagaikan daun kering yang akan reput dan hancur.

(BACA !!! KALAU ADA APA-APA NAK TANYA,SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA)

No comments:

Post a Comment