Friday 28 December 2012

                     
                             REDHA ATAS SEGALA TAKDIR YANG ALLAH TETAPKAN



  Hidup adalah suatu perjuangan yang harus ditempuhi walaupun sukar untuk seseorang itu meneruskannya. betulkan apa yang fiqah cakap?semua manusia diuji dengan pelbagai bentuk bukan?tujuan allah mengirimkan   ujian itu adalah untuk mendidikan kesabaran,kekuatan dan ketabahan diri seseorang itu,maka seseorang itu harus bermuhasabah diri,berzikir dan memperbanyakkan berdoa ketika dilanda musibah,bukan ketika susah sahaja kita harus mengingatiNya malah ketika senang pun kita harus MengingatiNya tidak kiralah apa pun yang bakal terjadi.semua manusia tidak lari daripada membuat kesilapan,sehebat mana pun manusia itu setinggi mana pun dia berada,dia mesti ada melakukan sedikit kesilapan dalam hidupnya.(manusia yang banyak diuji oleh Allah,dia adalah diantara orang yang dikasihi oleh Allah s.w.t).ada segelintirnya menyalahkan takdir hidupnya dengan "berkata kenapa semua ini harus terjadi pada diriku?aku benci dengan hidup aku"sebaik-baiknya usah menyalahkan takdir kerana apa yang telah berlaku ada hikmah disebalik perkara yang telah terjadi,allah itu maha adil dan Dia tidak akan membiarkan hamba-hambanya berada dalam kesusahan.orang yang kuat,sabar,tabah dalam menghadapi segala pahit dan dukanya,pasti akan diberi ganjaran yang besar oleh allah s.w.t..Insyaallah Amin Ya Rabbal Allamin.sekiranya anda jatuh dan tidak mampu untuk berdiri,cubalah untuk bangkitkan diri anda,dan fikir masa hadapan anda,takkan anda mahu mempersia-siakan kehidupan anda sendiri.betul?.saya sendiri pun ada melakukan dosa,dan saya ingin segera bersujud padaNya sebelum nafas saya sudah berada dikerongkong.saya ingin menghembuskan nafas terakhir saya bukan islam hanya pada nama sahaja tetapi saya ingin menjadi orang islam yang sebenar-benarnya.semoga amal ibadat yang saya dan anda semua lakukan selama ini diterima oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.coretan yang saya paparkan dilaman blog ini adalah atas dasar pengalaman saya sendiri,saya hanya ingin berkongsi sedikit kepada anda semua,semoga segala penerangan diatas ini akan memberi pengajaran.

                                                                 coretan-Nurul Shafiqah bt Ramli

No comments:

Post a Comment