Saturday 22 December 2012

     Masa terus berjalan tanpa mengira keadaan sekeliling..matahari pula kian memancar di seluruh muka bumi ini..sebentar lagi azan subuh akan berkumandang ini bermakna menunjukkan tibanya waktu solat subuh..pagi yang begitu kedinginan rasanya terus menusuk dikalbu...embun yang berangin mendamaikan lagi suasana dan membuat manusia hanyut dibuai mimpi lena..aku bersyukur kepada yang Esa kerana aku berpeluang untuk menghembuskan nafasku dibumi yang suci lagi mendamaikan ini...pada waktu pagi begini,pokok bertekun mengeluarkan oksigen dan berjuta rakyat menyedutnya dan akhirnya menghembuskan karbon dioksida dan mengulangi perkara yang sama..saudara seagama di Palestin pasti merasa kedinginan yang mencekam jiwa yang tidurnya tidak pernah lena kerana kekejaman tentera Israel...aku berasa simpati akan nasib saudaraku disana..jikalau aku mempunyai kekuatan,aku mahu pergi kesana menolong mereka,tapi aku hanya manusia yang lemah yang mempunyai kekuatan sedikit sahaja..insyaallah dengan izin allah aku pasti akan menjejak langkah kakiku dibumi yang penuh derita itu.."sampai disini sahaja coretanku pada pagi ini"

                                                                           coretan-Nurul Shafiqah bt Ramli

No comments:

Post a Comment